Mengalah diri ni ada batasannya. Jadi janganlah kita ambil kesempatan terhadap orang yang lemah dan tidak berungkal. Jika diri berasa tidak puas hati, lebih baik bercakap dihadapannya daripada mengata dibelakangnya. Jika diri tidak sesuai dengan caranya, kan lebih baik berterus terang saja daripada melakukan pekara yang tidak baik terhadapnya. Senang cakap… kalau tak suka angkat kaki jalan sudahlah takyah nak guna-gunakan dia. Buat pe nak masuk campur hal orang lain. Buat pe nak berpura² baik kerana nama, tapi mempunyai hasrat dengki dan iri hati. Sampai tunggu masanya untuk melihat dirinya jatuh hingga memalukan nama sendiri dan keluarganya.

Apa saja yang kita lakukan tidak semestinya itu jalan yang baik untuk mengajar dirinya. Kalau temperature darah tu dah terlebih suhu pun ada caranya… jadi kenapa mesti cakap yang menyakitkan hati? Kenapa mesti mencari kebencian orang lain? Cuba kita letak diri kita dalam position orang yang kena dikata, dihina dan dicaci. Kalau perasaan marah dan malu adalah jawapannya… maka semua orang pun berasa begitu juga. Kita ni semua mempunyai wajah yang berlainan tetapi ada perasaan dan maruah diri yang sama. Jika diri tidak merasa tu semua maknanya dirinya tu penuh dengan kekurangan; akhlak dan agama. Takda orang dalam dunia ni nak dirinya cacat, hodoh dan susah. Dan tak gunanya kalau cantik, kaya, berilmu tinggi tetapi tidak beradab.

Jagalah cara kita bercakap dan cara kita melakukan sesuatu. Tuhan tahu segala perbuatan kita dan Tuhan tahu niat kita walaupun orang lain tidak tahu. Memang kita tak nampak balasan yang menimpa diri kita sekarang ni tetapi ia akan terjadi sikit demi sedikit. Ingatlah, selagi kita masih hidup perbuatan baik atau buruk akan dibalas di dunia dan juga di akhirat.