"Your only competition in life is in your mirror"
Selamat berpuasa!
Tahun ini amat bermakna bagi saya sebab kehilangan arnab kesayangan saya. Ada ke ituhari tengok channel Animal Planet ada tunjuk arnab cute kena makan dengan kuching liar. Punyalah sedih… dahlah tengah feeling² skali tunjuk video macam gitu! Dah si mulut nih mengutai macam betik goreng…
Anyway, tahun nih saya juga amat bersyukur walaupun keadaan masih sama tetapi kebahagian sekeluarga semakin mekar. Alhamdulillah. Saya berdoa semoga Allah akan sentiasa melindungi kami dan memberi nikmat yang sama pada masa yang akan datang. Insya allah! Sebenarnya, saya nih nak belajar masak. Tapi itulah dia… asyik tunda je… so nak kena mulakan secepat mungkin, lagipun manalah tahu kan… kalau besok² ada pasangan hidup nanti boleh lantak dia dengan masakkan saya yang sedap giler tu. Hahahahaha! Oh yer dan juga nak belajar bawa kereta. So kenalah motivate diri nih sikit.
Last but not least, bulan Ramadan yang bakal tiba nih adalah bulan yang penuh dugaan, cabaran dan keberkatan. Jadi marilah kita sama² buat amalan yang baik terutama sekali antara satu sama lain. Dan lagi satu, janganlah kita skali-skala lupa bahawa kita pernah hidup susah dan juga kepada orang² yang pernah sama² susah dan senang dengan kita selama ini. Jasa orang nih tidak boleh dibayar dengan wang dan tidak mudah untuk kita mengantinya. Sebab ia datang dari ketulusan hati bukan cara paksaan. Jadi cubalah kita menghargai pengorbanan mereka dengan membalas yang sama juga, tidaklah kira sama ada orang itu susah dalam pencarian rezeki yang lebih ataupun hidup senang tetapi mempunyai sifat diri yang kekurangan. Kita nak bantu tu biarlah ikhlas dan mana² yang patut, jangan sampai susahkan diri dan diri orang lain. Itu dah tak betol tu! Betol tak?!
Saya juga ingin meminta maaf kepada sesiapa yang saya pernah tersekel kepala ke, tercubit bibir ke, terpekik ke atau terkasar bahasa ke kan. Saya benar² minta maaf sebab paham² jer lah kesabaran diri nih memang kita susah nak kawal lagi² tengah marah, tengah bingit. Kadang² kita nih bergurau senda je, jadi jangan ada yang ambil hati sangat ya!
Sekian selamat menyambut bulan Ramadan, semoga Raya tahun ini akan lebih meriah dan lebih bermakna bagi kita semua! =D
| Print article | This entry was posted by Dee on 03/08/2010 at 3:49 am, and is filed under Nag-Nag. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

