Dog bashed to death…

Nag-Nag No Comments »

I saw the news a couple of days ago at Stomp, a dog being slammed on the floor many times by a man at Sengkang. And the thing I don’t get is that there are few crowded witnesses who saw what happened didn’t bother to step up and do something about it! I may not be a dog lover but I am an animal lover myself and is very painful to see sickos hurt animals like that! -If you’re not happy with your life… a) please go and die -OR- b) do something about it. Stop abusing animals or people to release your stress or anger.

SPCA is giving a reward of S$15,650.00 (as to-date) to anyone who can identify the idiot. Thanks to the donors who willing to contribute this. May god bless you!

It’s…

Lumix FP3, Nag-Nag No Comments »

Nearly 1am here and I can’t sleep after hanging out with friends. My mom already started baking without me… she said there’s couple of recipes that are easy to bake, so yeah! Will post the cookies one of these days. Insya Allah. =)

Anyway, I had iftar at Mak’s place today.

Selamat berpuasa!

Nag-Nag No Comments »

Tahun ini amat bermakna bagi saya sebab kehilangan arnab kesayangan saya. Ada ke ituhari tengok channel Animal Planet ada tunjuk arnab cute kena makan dengan kuching liar. Punyalah sedih… dahlah tengah feeling² skali tunjuk video macam gitu! Dah si mulut nih mengutai macam betik goreng…

Anyway, tahun nih saya juga amat bersyukur walaupun keadaan masih sama tetapi kebahagian sekeluarga semakin mekar. Alhamdulillah. Saya berdoa semoga Allah akan sentiasa melindungi kami dan memberi nikmat yang sama pada masa yang akan datang. Insya allah! Sebenarnya, saya nih nak belajar masak. Tapi itulah dia… asyik tunda je… so nak kena mulakan secepat mungkin, lagipun manalah tahu kan… kalau besok² ada pasangan hidup nanti boleh lantak dia dengan masakkan saya yang sedap giler tu. Hahahahaha! Oh yer dan juga nak belajar bawa kereta. So kenalah motivate diri nih sikit.

Last but not least, bulan Ramadan yang bakal tiba nih adalah bulan yang penuh dugaan, cabaran dan keberkatan. Jadi marilah kita sama² buat amalan yang baik terutama sekali antara satu sama lain. Dan lagi satu, janganlah kita skali-skala lupa bahawa kita pernah hidup susah dan juga kepada orang² yang pernah sama² susah dan senang dengan kita selama ini. Jasa orang nih tidak boleh dibayar dengan wang dan tidak mudah untuk kita mengantinya. Sebab ia datang dari ketulusan hati bukan cara paksaan. Jadi cubalah kita menghargai pengorbanan mereka dengan membalas yang sama juga, tidaklah kira sama ada orang itu susah dalam pencarian rezeki yang lebih ataupun hidup senang tetapi mempunyai sifat diri yang kekurangan. Kita nak bantu tu biarlah ikhlas dan mana² yang patut, jangan sampai susahkan diri dan diri orang lain. Itu dah tak betol tu! Betol tak?!

Saya juga ingin meminta maaf kepada sesiapa yang saya pernah tersekel kepala ke, tercubit bibir ke, terpekik ke atau terkasar bahasa ke kan. Saya benar² minta maaf sebab paham² jer lah kesabaran diri nih memang kita susah nak kawal lagi² tengah marah, tengah bingit. Kadang² kita nih bergurau senda je, jadi jangan ada yang ambil hati sangat ya!

Sekian selamat menyambut bulan Ramadan, semoga Raya tahun ini akan lebih meriah dan lebih bermakna bagi kita semua! =D

PC Fixed!

Nag-Nag No Comments »

Thanks to my brother for buying me a new motherboard (Biostar suck!) and thanks to my brother’s friend who is very kind to help fixing it. Unfortunately I can’t rescue some of my previous pictures… hai so sad! Anyway on the happy side I got my PC back which is great. Bought lots of ‘Bliss’ yogurt drink which is very nice unlike the normal ones that taste sour and thick. Oh and lately I’ve been craving for egg tarts… =P

Kata yang indah…

Nag-Nag 2 Comments »

“Allah memberi sepasang mata untuk kita melihat. Sepasang telinga untuk kita mendengar. Sepasang tangan untuk kita memegang. Dan sepasang kaki untuk kita berjalan. Tetapi, kenapa hanya sekeping hati yang diberinya. Kerana Allah ada memberi sekeping lagi kepada seseorang untuk kita mencarinya…”

Tidaklah susah kalau kita berniat ihklas untuk mencarinya. Kemungkinan rasa hampa yang akan dibalas. Tapi selagi kita tidak mencuba untuk membuka hati kita nih selagi itu kita masih berharap. Jadi macam mana pun kita buat yang terbaik sama ada disuka atau dibenci. Sebab… itu adalah diri kita yang sebenarnya. Kalau semua okay, alhamdulillah syukur! Tapi kalau tak okay, janganlah rasa kecewa sangat at least kita tahu kedudukannya. Allah itu maha adil cuma kita perlu bekerja keras sikit je untuk mendapatkannya. =)

Inilah manusia…

Nag-Nag No Comments »

Mengalah diri ni ada batasannya. Jadi janganlah kita ambil kesempatan terhadap orang yang lemah dan tidak berungkal. Jika diri berasa tidak puas hati, lebih baik bercakap dihadapannya daripada mengata dibelakangnya. Jika diri tidak sesuai dengan caranya, kan lebih baik berterus terang saja daripada melakukan pekara yang tidak baik terhadapnya. Senang cakap… kalau tak suka angkat kaki jalan sudahlah takyah nak guna-gunakan dia. Buat pe nak masuk campur hal orang lain. Buat pe nak berpura² baik kerana nama, tapi mempunyai hasrat dengki dan iri hati. Sampai tunggu masanya untuk melihat dirinya jatuh hingga memalukan nama sendiri dan keluarganya.

Apa saja yang kita lakukan tidak semestinya itu jalan yang baik untuk mengajar dirinya. Kalau temperature darah tu dah terlebih suhu pun ada caranya… jadi kenapa mesti cakap yang menyakitkan hati? Kenapa mesti mencari kebencian orang lain? Cuba kita letak diri kita dalam position orang yang kena dikata, dihina dan dicaci. Kalau perasaan marah dan malu adalah jawapannya… maka semua orang pun berasa begitu juga. Kita ni semua mempunyai wajah yang berlainan tetapi ada perasaan dan maruah diri yang sama. Jika diri tidak merasa tu semua maknanya dirinya tu penuh dengan kekurangan; akhlak dan agama. Takda orang dalam dunia ni nak dirinya cacat, hodoh dan susah. Dan tak gunanya kalau cantik, kaya, berilmu tinggi tetapi tidak beradab.

Jagalah cara kita bercakap dan cara kita melakukan sesuatu. Tuhan tahu segala perbuatan kita dan Tuhan tahu niat kita walaupun orang lain tidak tahu. Memang kita tak nampak balasan yang menimpa diri kita sekarang ni tetapi ia akan terjadi sikit demi sedikit. Ingatlah, selagi kita masih hidup perbuatan baik atau buruk akan dibalas di dunia dan juga di akhirat.